Efficiency
Kelakar sebenarnya melihatkan situasi di depan mata sekarang, apabila terpaksa berdepan dengan manusia2 kiasu yang pantang kalah walaupun sebenarnya tidak dicabar pun. Mungkin terlalu obses dengan keupayaan diri atau sekadar takut dengan bayang-bayang sendiri.
Kita buka silibus ASC711 sikit lah, the term market efficiency means the degree to which the prices fully reflect all available information on a particular stock or market. As a result, no investors may have the ability to champion others in predicting a return on a stock price because everyone has access to the same useful information. Meaning, no one might have the advantage into taking profit and no one is going to face losses. But obviously, for the market to be efficient at all time is almost impossible, sebab tu kita masih boleh lihat ada orang yang dapat untung from investing in stocks because the information they have that others don’t, giving them advantage on planning their moves to make profit or to avoid losses.
C’est la vie, someone’s gain is another’s lost. People tend not to be efficient at all time, but selfish most of the time. in a win-lose situation, this insider information might be useful, but in a win-win situation, why do still want to keep the information to yourself?! that’s what we call selfish, or can we say dump? or maybe outdated?
in this era of information technology, news flow from one end to another in just a second, plus with lots of alternative sources that people might look into, the news might spread within minutes to the whole country or even to the whole world. But, whether the news is considered as facts or speculation, it is up to the readers to verify it for themselves.
Analogi mudah, dalam satu perlumbaan dari KL ke Perlis bermula ketika dinihari, awak boleh guna apa saja cara untuk tiba ke destinasi yang ditetapkan, siapa yang tiba sebelum matahari jatuh, dia dikira pemenang. Dalam selautan manusia yang mengambil bahagian, kebanyakannya mengambil keputusan untuk memandu, ada yang menaiki bas ada yang berduit lebih, tempah tiket naik kapal terbang.
Orang lain tahu jalan yang biasa digunakan untuk ke utara sedangkan awak mempunyai akses kepada maklumat tentang sebuah jalan pendek yang mengambil masa lebih singkat untuk awak tiba ke destinasi. Tapi malangnya, awak tidak tahu memandu, awak tidak cukup duit untuk membeli tambang bas, tambang kapal terbang tak payah cakap lah. Adakah awak terlalu sengal untuk berjalan kaki dek kerana tidak mahu orang lain tahu maklumat tentang jalan pendek, yang hanya anda yang tahu?
“Takpe, aku rela jalan kaki daripada orang tahu pasal jalan ini, aku yakin aku adalah orang pertama yang akan sampai!” hebat bukan? bukan hebat, tapi bebal.
Nampak bodoh, tapi itulah hakikat betapa kiasu nya makhluk bernama manusia, tidak mahu orang lain lebih baik dari mereka. Antara sedar dan tidak, tidak ada lebihnya orang lain, tetapi hakikat kurang nya mereka yang tidak dapat diterima. Akhirnya, orang lain tidak peduli, awak pula makin takut dengan bayang-bayang sendiri. Aturannya mudah, sesiapa yang tiba sebelum matahari jatuh, dikira pemenang tidak kiralah siapa yang tiba dulu. Anda kongsi maklumat yang anda ada, mereka yang lain berkongsi kemudahan yang mereka punya, bersama menuju ke destinasi akhir. win-win situation.
Persaingan itu perlu, tapi lihatlah cara dan keadaannya. dalam keadaan yang tidak ada sesiapa yang mendapat kelebihan dan tiada siapa yang dipandang kurang, untuk apa bersikap terlalu mementingkan diri, apalah salahnya berkongsi. Percayalah, whatever you give good or bad, you’ll absolutely get it back.
kiko: Bukan salah bayang-bayang sendiri, tapi betulkan dulu persepsi diri, terima hakikat yang kita bukan manusia yang sempurna serba serbi.
