Skeptik
Skeptic is defined by “One who instinctively or habitually doubts, questions, or disagrees with assertions or generally accepted conclusions”.
Mulakan bicara dengan definisi perkataan yang sering kita dengar, tapi jarang kita ambil tahu apa maksud sebenarnya. Orang kata prejudis, kita ikut, orang sebut skeptik kita gunapakai, tapi fahamkah kita dengan maksud sebenar perkataan tersebut.
Tertarik dengan analogi Saifulislam yang berbicara tentang Bourguiba yang melarang umat islam di Tunisia daripada berpuasa atas alasan, produktiviti negara akan berkurang ketika bulan Ramadhan. dan dengan jelas Saifulislam menerangkan bahawa yang menjadikan seorang umat islam yang berpuasa itu tidak produktif bukan kerana bulan Ramadhan itu, tetapi kerana manusia dan sikapnya sendiri. Puncanya sikap, bukan fitrah!
Kalau dalam bahasa statistiknya, type 1 error – we reject h0 when h0 is true, Ramadhan itu bulan yang mulia, tapi manusia menyalahkan Ramadhan sebagai bulan yang melesukan, mereka reject kelebihan Ramadhan walaupun jelas ianya banyak memberikan keberkatan, sains juga sudah membuktikan hal tersebut.
Benar juga sering kita dengar, apabila hampir tiba sahaja bulan Ramadhan, aktiviti-aktiviti besar akan ditangguhkan hingga selepas Aidilfitri, sebabnya, muka manusia yang menampakkan kelesuan dan keletihan yang kekadang berlebihan. Dahulu, ada juga teman yang sering menangguhkan itu dan ini kerana puasa katanya, jawapan mudah yang sering mereka terima dari mulut ini adalah
“Orang dulu pergi berperang ketika Ramadhan, kita ni nak selesaikan tugasan dalam bilik sejuk aircond pun rasa susah kan”.
Ada yang tersindir sendiri, ada juga yang tidak peduli. Bukan ingin kata yang diri ini bagus sangat, tapi soalan ang muncul adalah, kenapa mesti kita menyalahkan bulan Ramadhan sedang yang membuatkan Ramadhan itu lesu adalah diri kita sendiri. Puasa bukan alasan, andai mereka yang terdahulu turun ke medan perang menegakkan Islam, kita juga sedang berjuang, tapi dalam lapangan yang berbeza, menuntut ilmu dan sebagainya.
Dalam menilai sesuatu, cari puncanya. Kereta semahal BMW melanggar tiang lampu bukan salah mahalnya harga kereta tersebut, tapi sikap (bukan fitrah!) pemandunya yang sengal.
Kes yang sama, isu yang berlainan, jika kita bicara tentang direct selling/MLM, kita sering mengatakan yang sistem itu tidak benar, illegal, skim tipu menipu orang, skim menindas orang bawah dll. tapi terimalah hakikatnya, yang illegal dan tipu menipu itu bukan sistem, tapi orang yang menjalankan sistem tersebut. Sistem di stuktur oleh orang yang mahir dalam bidang pemasaran dan kita sebagai prospek distributor seharusnya mengkaji terlebih dahulu bagaimana rupa pelan pemasaran yang ditawarkan kepada kita. Kalau sekadar membuta tuli menyertai sistem dengan niat untuk mendapatkan untung atas angin, kemudian gagal, syarikat MLM tersebut yang akan disalahkan, itu sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain selain diri sendiri.
MLM itu bisnes, bukan keuntungan tanpa usaha! Tiada wang yang datang tanpa usaha, mereka yang berjaya dalam bidang MLM ini berusaha dari awal hingga sampai ke peringkat yang tertinggi yang boleh mereka capai. Bukan tandatangan borang penyertaan hari ini, minggu depan dah boleh kaya, tapi andai itulah janjinya, maka hati-hatilah kerana anda sedang ditipu! Andai itu berlaku, jangan disalahkan syarikat tersebut, salahkan diri sendiri yang tamak dan salahkan orang yang memberikan info yang salah (penipuan?), itu puncanya.
Pernah dulu menjalankan usaha yang sama, berhenti di tengah jalan. Tapi berhenti bukan salah MLM tersebut, sistem MLM tersebut cukup cantik sebenarnya, tapi sebab diri sendiri yang malas untuk meneruskan perjalanan usaha tersebut, maka berhenti sekadar itu. Mujur usaha tersebut datang dari modal yang kecil, andai modalnya besar tidak mungkin perkataan ‘malas’ itu akan muncul. Siapa mahu rugi weh!!
Andai anda punya syarikat dan usaha sendiri, pastinya ada akan meletakkan komitmen sepenuhnya dalam menjalankan usaha tersebut, kerana apa? kerana modal yang sudah anda laburkan. Samalah juga dengan bisnes MLM ini, anda menjalankan usaha yang memerlukan komitmen penuh untuk mengejar impian anda sendiri. Percayalah, Allah tahu sejauh mana kita berusaha dan andai anda percaya pada keberkatan, apa jua usaha yang anda jalankan akan berhasil. Ikhlas kuncinya…insya Allah
kiko: Jangan sesekali negatif, dengar dan nilai dalam ruang pandang yang luas, jangan ditutup skop pemikiran, jika tidak selamanya kita di titik itu, tidak maju dan tidak undur…
