Home > Views > Marah

Marah

“Sorry Zul sebab buat ko marah, aku selesaikan benda ni secepat mungkin” pesanan ringkas yang diterima dari pengarah projek berkenaan dengan projeknye untuk membawa 30 orang ahli persatuan ke timur Malaysia. Dalam pada menerima mesej tersebut, akal ini kuat mengimbas apa yang berlaku ketika perbincangan dijalankan

“Eh, takde pulak aku marah, bila aku marah?” soal di dalam hati.  seingatnya, hanya teguran yang agak lantang dan tegas yang dilontarkan, sekadar untuk memberi ingat kepada jawatankuasa kerja bahawa masa mereka semakin suntuk.  Untuk menangguh semua proses ke suatu masa selesa, hanya akan mengganggu proses ulangkaji untuk musim peperiksaan yang semakin hampir.  Untuk apa menunggu saat-saat akhir jika asasnya boleh diselesaikan sekarang.  

Ibarat membina sebuah bangunan tinggi, andai asasnya teguh, maka teguhlah ia akan berdiri, andai asasnya lentur, runtuhlah bangunan tersebut.  Andai asas projek sudah kukuh, maka mereka yang terlibat mudah untuk merangka langkah seterusnya, tidak lagi masih tercari-cari dan kemudian menarik diri sesuka hati.  Kos untuk itu sangat tinggi!

Tapi diri ini sedar, untuk marah kepada mereka ini, adalah suatu langkah yang kurang bijak.  Mereka tidak perlu orang yang hanya menunjuk silap, tapi mereka perlu orang yang membetulkan khilaf.  Masa ini, mereka yang menunjuk silap sudah bersepah, merata-merata rasanya, kerana mereka menyangka bahawa diri mereka sahaja yang betul, maka orang lain silap.  They are taking pride of showing other people’s mistakes

Manusia tidak lari dari silap, itu fitrah.  Tapi siapa yang mahu membetulkan silap itu yang kita perlukan.  Pernah dulu Dr S melemparkan satu analogi mudah, Jose Mourinho a.k.a the special one, pengurus yang membawa pasukan Chelsea memenangi beberapa piala dalam dunia bola sepak di England. 

Beliau dibayar bukan untuk menunjukkan silap para pemainnya kerana beliau tahu, para pemain yang beliau miliki sudah matang dan hebat dalam sukan ini.  Tapi beliau dibayar jutaan pound untuk membetulkan silap teknik dan taktik pasukannya.  Pemain-pemain pasukan Chelsea sudah cukup hebat, tetapi mereka masih manusia, mungkin sedar mungkin tidak dengan kesilapan yang mereka lakukan.  Jadi, menjadi tugas pengurus yang melihat dari sudut pandang orang ketiga untuk memperbaiki atau menambah baik corak permainan pemain tersebut.  Respons yang seperti itu yang berjaya melahirkan ramai pemain-pemain bertaraf dunia kerana potensi yang mereka ada, digilap melalui kesilapan yang diperbetulkan.  Maka silap yang sama tidak berulang, jumpa silap yang baru, dibetulkan lagi, maka potensi mereka bercambah, kata bahasa statistik, accumulate!

Bukan tidak boleh marah, kadangkala marah itu perlu, tapi lihat tempat, cara dan keperluannya. Islam sendiri menuntut ibu bapa merotan anak-anak yang tidak menunaikan sembahyang tika sampai umurnya. tapi bukan boleh sesuka hati merotan anak tersebut, ada caranya dan ada hikmahnya.  Dan apabila ingin marah mereka yang sudah berfikiran matang, mereka ini tidak perlu diherdik kasar, ditunjuk silap segala bagai, andai itu yang berlaku, ego mereka yang akan keluar. 

Tapi kadang-kadang manusia ini pun faham, antara mereka yang menegur dan mereka yang tunjuk pandai.  Atas penilaian masing-masing.  Tika usia yang semakin matang, rasa ingin marah itu perlu dikurangkan kerana diri sendiri pun tidak suka apabila dimarah, begitu jugalah dengan orang lain. Jangan marah, tapi tunjuk jalan yang sebenar, beri arah yang betul, itu akan buat lebih menarik orang untuk  mendengar. Bukan jerit pekik melenting kita yang orang tepuk tangan tapi tenang kita dalam masalah yang orang mahu nilai.

kiko: Show good example with good direction, people will follow you no matter what…

 

 

Advertisement
Categories: Views
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.