Snippets
kiko: Haha, dah macam biskut dah post2 dalam blog ni pun, anyway, bukan taknak update,but time is hardly found lately. Classes, projects, assignments, reviews, office work and the list can go on and on. but i learn a lot, seriously.
My apology for not updating this blog frequently, like i said, time is hardly found. but if, if…anyone interested to do my forecasting paper reviews, please do not hesitate to SMS ON REVIEW to 33399, our operator would be happy to entertain you. hahahahha :p ngarut dah weh…
Efficiency
Kelakar sebenarnya melihatkan situasi di depan mata sekarang, apabila terpaksa berdepan dengan manusia2 kiasu yang pantang kalah walaupun sebenarnya tidak dicabar pun. Mungkin terlalu obses dengan keupayaan diri atau sekadar takut dengan bayang-bayang sendiri.
Kita buka silibus ASC711 sikit lah, the term market efficiency means the degree to which the prices fully reflect all available information on a particular stock or market. As a result, no investors may have the ability to champion others in predicting a return on a stock price because everyone has access to the same useful information. Meaning, no one might have the advantage into taking profit and no one is going to face losses. But obviously, for the market to be efficient at all time is almost impossible, sebab tu kita masih boleh lihat ada orang yang dapat untung from investing in stocks because the information they have that others don’t, giving them advantage on planning their moves to make profit or to avoid losses. Read more…
Skeptik
Skeptic is defined by “One who instinctively or habitually doubts, questions, or disagrees with assertions or generally accepted conclusions”.
Mulakan bicara dengan definisi perkataan yang sering kita dengar, tapi jarang kita ambil tahu apa maksud sebenarnya. Orang kata prejudis, kita ikut, orang sebut skeptik kita gunapakai, tapi fahamkah kita dengan maksud sebenar perkataan tersebut.
Tertarik dengan analogi Saifulislam yang berbicara tentang Bourguiba yang melarang umat islam di Tunisia daripada berpuasa atas alasan, produktiviti negara akan berkurang ketika bulan Ramadhan. dan dengan jelas Saifulislam menerangkan bahawa yang menjadikan seorang umat islam yang berpuasa itu tidak produktif bukan kerana bulan Ramadhan itu, tetapi kerana manusia dan sikapnya sendiri. Puncanya sikap, bukan fitrah! Read more…
BPPV
kiko: After 23 years of suffering, only now i know the real name…sigh…appointment with a specialist on Thursday
Benign paroxysmal positional vertigo
By Mayo Clinic staff
Definition
Vertigo is the sudden sensation that you are unsteady or that your surroundings are moving. You may feel like you’re spinning around on a merry-go-round or that your head is spinning inside. Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV) is one of the most common disorders that can cause vertigo.
Benign paroxysmal positional vertigo is characterized by brief episodes of mild to intense dizziness associated with specific changes in the position of your head. It most commonly occurs when you move your head in a certain direction, lie down from an upright position, turn over in bed or sit up in the morning. Moving your head to look up or look down also can bring about symptoms of benign paroxysmal positional vertigo. You may also feel out of balance when standing or walking.
Although benign paroxysmal positional vertigo can be a bothersome problem, it’s rarely serious except when it increases the chance of falls. You can receive effective treatment for benign paroxysmal positional vertigo during a doctor’s office visit. Read more…
Review
I should be busy reviewing my 711 article right now, but because of my laziness, i think it can wait.
I am still wondering why people whose being transferred from branch campuses to the main campus, complained that they could not perform well in the exams like what they did when they were in the branch campus. From what i heard, they were talking about how their lecturers could not deliver the subjects well, too stingy to give marks, how hard the subject is etc. everyone is to blame except themselves, forgetting that their four fingers are still pointing at themselves. Read more…
Solat
“Dirikanlah Solat kerana Solat itu tiang Agama..”
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam itu sendiri. Fenomena perubahan warna alam adalah suatu yang tidak asing bagi yang terlibat dalam bidang fotografi.
WAKTU SUBUH
Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warnabiru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masaalah rezeki dan komunikasi.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solah diawal waktu.
Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah akan diserap oleh tubuh melalui konsep
resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya akan mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah kewarna Hijau (Israq & Dhuha) dan kemudian warna Kuning menandakan masuh waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan kecerian. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang ulang kali dalam kehidupannya akan menghadapi masaalah diperut dan hilang sifat cerianya. (kalau orang sedang sakit perut -Ceria tak??)
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna Oren iaitu masuk waktu Asar dimana spektrum warna pada masa itu bersamaan dengan
frekuensi prostat.uterus,ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna Oren islah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau diwaktu Asar ini Jasad dan Roh sesaorang itu terpisah sementara (tidor)
Jangan lupa, tenaga pada waktu Asar amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah kepada warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada diluar rumah. Ini kerana spektrum pada waktu ini menghampiri frekuensi Jin dan Iblis (infra-red). Ini bermakna Jin dan Iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Bgi mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (Solat Maghrib dulu laa….) kerana banyak interferenses atau pembelauan berlaku pada waktu ini yang oleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah Keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah kewarna Indigo dan seterusnya memasuki kefasa Kegelapan. waktu Isyak ini menyimpan rahsia kketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyak akan berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil TIDUR DELTA dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
SELEPAS TENGAH MALAM, alam mula bersinar kembali dengan warna putin, merah jambu, dan seterusnya ungu dimana ianya dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar, pineal, pituari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam dipanggil QIAMULLAIL.
Begitulah secara ringkas perkaitan Waktu Solat dengan Warna Alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepetingan tenaga alam ini serta inilah faktor adanya punca bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti Taichi, Qi-gong dan sebagainya. Semua ini dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga Alam kesistem tubuh
Kita sebagai Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan Syariat Solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap Tenaga Alam ini. Hakikat ini seharusnya mengisafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat keatas
Hambanya atas sifat Pengasih dan Penyayang-Nya sebagai pencipta kerana dia tahu hamba-Nya ini amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga Solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri
kelas Taicinya….
kiko: Retrieved from email sent by Ibu
Marah
“Sorry Zul sebab buat ko marah, aku selesaikan benda ni secepat mungkin” pesanan ringkas yang diterima dari pengarah projek berkenaan dengan projeknye untuk membawa 30 orang ahli persatuan ke timur Malaysia. Dalam pada menerima mesej tersebut, akal ini kuat mengimbas apa yang berlaku ketika perbincangan dijalankan
“Eh, takde pulak aku marah, bila aku marah?” soal di dalam hati. seingatnya, hanya teguran yang agak lantang dan tegas yang dilontarkan, sekadar untuk memberi ingat kepada jawatankuasa kerja bahawa masa mereka semakin suntuk. Untuk menangguh semua proses ke suatu masa selesa, hanya akan mengganggu proses ulangkaji untuk musim peperiksaan yang semakin hampir. Untuk apa menunggu saat-saat akhir jika asasnya boleh diselesaikan sekarang. Read more…
Hikmah
Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.
“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.
Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.
Varians
Balik dari Beijing, buka emel yang panjang berjela, inventori broker report untuk seminggu. Dalam puluhan emel-emel tersebut, ada tersesat satu emel daripada corporate department, Office Team Building 3-5 July 2009. Wuhuuu, tidak kusangka, rupa-rupanya masih ada lagi aktiviti-aktiviti macam ni di alam pekerjaan ni. Ingatkan tamat zaman belajar, maka tiada lagi kursus-kursus yang ‘menarik’ macam ni, rupa-rupanya ada lagi.
Jadi, apabila tiba 3 Julai 2009, dalam keadaan dan rasa yang terpaksa rela+malas, melangkah lagi kaki ini ke sebuah lagi kursus ala-ala BTN .
Program bermula pada malam itu juga, kami yang seramai 25 orang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Sesuatu yang menarik perhatian, tidak seperti kursus-kursus yang pernah dihadiri sebelum ini, untuk pertama kalinya, semua peserta sudah siap di tempat masing-masing 15 minit SEBELUM aktiviti bermula!
Agak kagum sebenarnya apabila melihat situasi ini kerana kursus-kursus ketika zaman sekolah + zaman universiti, tidak pernah lagi jumpa satu kumpulan peserta yang sebegini, jangan kata 15 minit sebelum, 15 minit selepas pun tak tentu semua sudah ada, selagi fasilitator tak menjerit, jangan harap masing-masing nak on-time.
Itu perkara menarik nombor satu. Perkara menarik nombor dua, seperti setiap kursus-kursus sebelum ini, penghulu akan dilantik sebagai ketua kepada para peserta, dan penghuluwati akan dilantik sebagai pembantu. Prosesnya, undian dan cadangan dari peserta sendiri.
Tapi kali ini, penghulu dan penghuluwati dilantik melalui proses cabutan bertuah. Jadi nama sesiapa yang keluar dari ballot tu, dia lah yang akan dilantik secara rasmi. Apabila mengenangkan yang nama ini tidak pernah lagi terkena cabutan bertuah untuk memenangi apa-apa jenis hadiah sebelum ini, jadi perasaan untuk ‘terkena’ tu tiada.
“okay, ni siapa ni, ZULFADHLEE ITHARI!” apabila instruktor program, Dr R umum je nama tu, terkejut gila! Dalam hati, macam mana boleh ‘bertuah’ pulak kat sini. Dipanggil ke hadapan, terima ucapan tahniah, bersalam, diberi walkie talkie sebagai medium komunikasi, otak…kosong. Tak boleh nak berfikir, terkejut.
“aku cukup tak nak jadi leader, tapi, lagi aku lari, lagi cepat dia kejar” SMS yang dihantar kepada seorang teman malam itu. Sungguh, selagi boleh mengelak daripada menjadi ketua, sedaya mungkin diri ini akan cuba mengelak, apa lagi mahu menjadi penghulu kepada barisan managers company yang turut sama menjadi peserta untuk program team building kali ini. Boleh bayang tak, selama ini mereka yang menguruskan kan kita, tapi kali ini, mereka pula yang perlu diuruskan.

My Group - Group 1
Tak mengapalah, disebabkan dilantik dengan cara yang baik dan terhormat, maka amanah diterima juga dengan cara yang baik :)
Aktiviti pertama malam tersebut agak ringkas, sebagai mukadimah untuk keseluruhan aktiviti, appetizer orang kata. Apabila melihat cara Dr R menjalankan aktiviti, ramalan awal, tidak susah mungkin jadi penghulu kalau aktiviti semua sekadar macam appetizer ini, mudah dan ringkas, jadi tugas penghulu pun akan jadi ringkas dan mudah. Tapi itu kan ramalan awal…
kiko: more to come…
Finally
Finally, i got time to update this beloved blog. seriously, i’ve been very busy all this while, and when i say busy, i really meant it. Even i was thinking of consulting doctor to get an MC so that i can get a day rest, tapi nak pegi jumpa dr pun tak sempat, muahahaha
for those who are wondering, what has happened all this while, i won’t put everything in sequence because some of the events should remain P&C; office stuffs and all, but i think we can take the lesson leearnt in indirect way. I don’t know whether after this i got all the time to update this blog, maybe once in while, boleh la kot, not everyday macam dulu.
In short, i went to UTP to visit my cousin who is currently studying there, followed by office team building in Kajang, i’m going to tell you more about this event later, it was really ‘interesting’. Day after the team building, which is monday, classes for my master’s program has started. Can you imagine, the fatigue from the team building need to br brought into class, three straight days. and that weekend, attended my dad’s office family day in Bukit Merah, next, Man Utd vs M’sia Game at Bukit Jalil and this weekend, Quantitative Seminar in UiTM…and i believe, there are still more to come.

just need a good rest with proper sleep, i think that will do…
kiko: Thinking of offering a PA position, anyone interested?
